Pages

Kembali kejap

Hello Milo! Entry kali ni berbahasa melayu ye. sekali sekala, tak salah juga kan. tapi bahasa rojak rojak, erm..tiba-tiba teringin pulak rasanya nak makan rojak buah. aish. Hampir 2minggu ara tak update kan. Sorry lah ye. Cuba teka apa ara tengah buat sekarang?kat luar tu kilat guruh berdentum-dentum sebenarnya, tapi ara tengah bosan la. tunggu kakak bawak balik kfc ni. tadi kene tinggal sebab ara hilang pergi toilet, tengok-tengok semua orang dah tinggalkan ara. sob3x. laparnya.cepatlah kfc sampai. adoi..

Ada banyak nak cerita ni. sekarang tengah study week tau. so sepatutnya study lah kan. Ara ade study tapi sikit-sikit je lah baru. hehe. Nak cerita banyak ni. serius banyak ni. Agak-agak, larat tak nak baca? kalau tak larat tak payah lah baca ya. Haha. Last week ara hilang,apa ara buat?

1. Pro'pec -

Stands for Program pelajar cemerlang, di mana ara jadi fasilitator untuk pelajar2 SMK Dato' Seth, Yon Peng, yang bakal ambil PMR tahun ni. Mula-mula, ramai jugak tak percaya, sebab takut ara yang kena buli dengan adik-adik ni. Actually, memang awal-awal lagi dah kena buli pun. Tapi xpe, ara layankan je. syukur, Syafiq yang partner ara tolong membantu. Tak lupa, Kak Fahren selaku pengarah program pun turun tolong ara handle budak-budak ni. Syukur jugak akhirnya program berjalan lancar. semua adik2 fasi ara pon tak buli ara dah. Thanks adik2 comel terutama nya group 7 yg banyak bagi kerjasama dan dalam masa yang sama buat saya hampir menangis. Haha.

2. Khidmat Masyarakat -

Gotong-royong buat kat Parit Jelutong, Batu Pahat, Johor. Dekat je dengan Uthm ni. At first, pagi tu memang rasa down sangat lah. sebabnya, tiga group dibahagikan, ada yang bersihkan kawasan kubur, ada yang bersihkan balai raya dan klinik, and ada yang bersihkan masjid.ara masuk group yang bersihkan masjid. Yang terkilannya,ara cuma satu-satunya perempuan dalam group tu. kami berenam, 5 lelaki dan ara sorang pompuan. budak-budak laki ni tak habis habis menganjing ara kena pulau ke. hmm. sabar je lah.nasib baik ada pakcik-pakcik orang kampung yang jaga ara dan bersembang dengan ara. program berjalan lancar. just ara takda masa nak buat report. penat jadi s/u. tapi, amanah, kena buat juga ya.

3. Malam Ikatan KKDK & Birthday Ayahanda

Malam ikatan KKDK best,walaupun ara datang kejap je, tapi dapatlah at last tengok video performance ahli2 kkdk lain. maaf, ara tak spend masa lama kat sana sebab ara ada date lain. lepas pada tu, pergi celebration birthday ayahanda ara. Bonda and titin ambil ara kat g3, then we headed to Bisik-bisik Restaurant untuk surprise kan ayahanda. tapi takleh lah nak buat prank prank ni, ayahanda macam tak ada mood je malam tu, jadi kami cuma makan cake dan bersembang sahaja ya. We love you ayahanda! :D

4. Interview MHS

Lepas submit borang kat Hep, so, tibalah masa untuk kena interview pulak ya. Ingat senang-senang je ke nak jadi fasilitator untuk minggu haluan siswa. nasib baik lah yang interview ara malam tu abang bob, abang azman dgn abang yus. memandangkan dah kenal, so takde lah rasa kekok sangat. mudah-mudahan dapatlah ye. kalau tak dapat, next sem nak cuba lagi ok ara? so, nantikan keputusannya masa cuti nanti.

5. Perasa

Perasa apa ni? Ajinomoto? Haha. Taklah. Perasa stands for Pembimbing Rakan Siswa. Program ni buat kat Resort Tiram Indah, Ulu Tiram, JB. Dah macam reunion ahli-ahli kkdk pon ada jugak ni. Tapi takdelah semua ada kan. Tapi walau mcm mana pon, perasa ni sangat best. memang takkan lupa sampai bila-bila. Sangat santai, sangat sempoi lah program ni. Boleh pakai suka-suka hati, boleh buat activiti suka-suki. Yang peliknya, ara pon pelik entah macam mana ara boleh jadi penghulu. mula-mula takut jugak kena buli lagi. tapi, nasib baik ahli2 kkdk mmg best.

Penceramah kami, Hj.Mohd Noor atau lebih mesra kami panggil Pak Buyong bagi tugasan. Dia bagi setiap orang satu nama secara random, dan kitorg kena jadikan org tu sebagai adik angkat. So, kita kena jadi stalker adik angkat kita tu, dan judge personaliti dia selama tiga hari kami kat sana. Adik angkat ara namanya Faseha. susah jugak nak stalk dia sebab dia duduk rumah lain. Kakak angkat ara pulak, punya la ara tak sangka, rupanya sebilik je dengan ara. dalamtiga hari tu, dia tak payah susah-susah nak intip ara tau sebab dia selalu je disisi ara. Kak Mia..ara syg kak mia. :)

Time perasa ni jugak, ara dapat lagi keluarga baru. keluarga ini namanya The Mark family terdiri daripada:
  • ayah (hafiz)
  • mak (kak mira)
  • markona(kak ejat)
  • markoni (jijin)
  • markorner (mida)
  • markonon (ara)
and, tak lupe thanks a lot untuk en.ibrahim dan en.shahrul yg menjayakan program perasa ni. and kawan2 yg buat ara ketawa banyak, kak fahren, kak erna, kak myrad, ika rose,diop, kakpah dan lain2. sorry tak mampu nak type semua sekali. syg semua! :D

jangan tak percaya, ara juga curang dgn firdaus. ara dapat bf baru lah.Semalam, eyqa ni propose ara untuk jd gf dia lah.hihi. tapi bf ara ni berjantina perempuan. tapi dia nak jd bf ye, bukan gf. haha. ini lah dia bf baru ara, eyqa rahman.


kacak kan kan. hee.

7 comments:

cengkerangcipot said...

haa sgt kachak..
lawa je muke die ouh..

Ara.Badrul said...

kan kachak kan. dia suke artis2 jepon and korea. comel je :D

dzul kacak said...

nak phone numberrrrrrrrrrr

Ara.Badrul said...

amboihhh gatai nohhh. takleh! ni bf saya!

a d a h. said...

ara, she's my friend u know. rafiqah. hehe.
btw, ara dekat UTHM juga ke?

Ara.Badrul said...

ooouuuw ? yeke?

yes rafiqah rahman ! hehehe

yes ara budak uthm jugak :D

a d a h. said...

waa. what a small world. me too!
coursemate rafiqah ke? hehe.

Post a Comment